Bulan,
Kadangnya jadi peneman.
Setia dia,
Tak dapat aku ragu.
Tenang apabila melihatnya, itu aku.
Disaat yang lain menunding jari menyalahkan kita,
Dialah yang ada, kekal sebagai meneman setia.
Bila pagi,
Dia diganti matahari.
Waktu itu,
Mulalah rasa rindu menebal dalam diri.
Aku rindukanmu, wahai sahabat setia, juga bukan talam dua muka.
**************************************************************************
Fenomena Supermoon
14.11.2016, Isnin
Fenomena Supermoon adalah satu fenomena astronomi di mana Bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (perigee) pada jam 07:24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54malam. Kejadian ini dikenali sebagai Bulan Penuh Perigee bagi ahli astronomi dan istilah ‘supermoon’ di kalangan masyarakat umum.
Fenomena ini boleh dilihat pada 14 November 2016.
Keadaan Bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama ini menyebabkan Bulan kelihatan seolah-olah lebih besar dari keadaan biasa. Bagaimanapun saiz fizikal Bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali.
Fenomena supermoon telah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015.
Bagaimanapun kejadian kali ini merupakan supermoon yang berada pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun.
Maka rakyat Malaysia perlu mengambil kesempatan ini untuk menyaksikannya kerana ianya dijangka berlaku 18 tahun akan datang!!